Tuesday, 16 July 2013

HATI




Wahai hati
Usah kau tangis kehilangan ini
Usah kau raung pemergian ini
Usah kau jatuh kerana lemahnya hati

Aku tahu susah untuk kau lupa musim bunga lalu
Aku tahu susah untuk kau lupa wanginya bau bunga itu
Aku tahu susah untuk kau buang kuntum-kuntum bunga itu
Tapi aku yakin bunga yang layu tidak akan mekar lagi
Tidak akan wangi seperti pertama kali kau memiliki

Aku tahu kau sakit
Aku tahu kau terkhianati
Aku tahu kau tak inginkan ini
Tapi Tuhan itu lebih mengetahui

Kau tangis hari ini
Kau raung hari ini
Kau benci hari ini
Tapi akan ku pastikan esok kau bahagia



Kuatkan hatimu
Mahalkan dirimu
Rahsiakan dirimu
Kerana yang indah itu rahsia

Kebalkan dirimu dengan sabar
Tabahkan hatimu dengan takwa
Serahkan segala pada yang Esa
Kerana dia pemilik segalanya




Jadilah hati wanita yang kuat
Jadilah hati wanita yang terhormat
Jangan biar kotoran lelaki menyentuhnya
Jangan biarkan kotoran leaki membusukinya

Kerana ada Imam lebih layak untuk kau hadiahkan
Kerana ada Imam lebih layak untuk memilikinya
Kerana ada Imam lebih layak untuk menyayanginya



Kerana Imam itu pemilik tulang rusuk mu.

Nukilan ini dituju khas buat sahabatku yang terkhianati oleh seorang bernama lelaki.
Pesanku kuatkan lah hatimu kawan. Jadilah wanita yang mahal hingga baunya sukar untuk di hidu.

Percayalah ada bahagia untukmu. :)



Monday, 15 July 2013

HERO

Lelaki ini heroku.
Lelaki ini cinta pertamaku.
Lelaki ini berkorban segala utk ku.
Lelaki ini bergadai nyawa demiku.
Lelaki ini tidak pernah mengeluh walau beribu halangan membesarkan ku.



Tanpa soal tanpa arahan lelaki ini terus mendoakanku.
Terus menyayangiku.
Terus mencintaiku.
Kerana lelaki ini terlalu istimewa.



Ku tahu tangan tua mu sudah lemah.
Ku tahu usia mu hadiah terindah.

Namun ku panjat doa agar Allah terus memberimu kesejahteraan, kekuatan dan kesihatan agar anak kecilmu ini dapat berbakti utk mu.

Selamat Hari Lahir Abah :')

Thursday, 11 July 2013

Ramadhan di Kolumpo

Haii. Assalamualaikum dan salam dua ramadhan. :)

Diam tak diam dah 2 mlm kita berterawih. Alhamdulillah diri ini masih diberi kesempatan merasai nikmat ramadhan. Dan kali ni aku sambut ramadhan di perantauan. Nasiblah kolumpo tak cuti awal ramadhan. Jadi dengan hati yang sayu menyambut ramdhan tanpa kejutan sahur dari suara abah yang gagah dan sentuhan abah yang lemah lembut. Yang ada cuma nyaringnya alarm memekak kan telinga. Haih

Hari pertama puasa kami*aku dan gegirls lain* telah bersatu hati untuk masak juadah berbuka. Ceyh bunyi macam banyak jek juadah tu kan. Well boleh tahan laa. Lauk sardin, telur dadar dan telur masak kicap. Dengar macam boring jek kan lauk ktorng tapi bila da makan perh siap tambah kot aku. Haha. Sedap weyh. Mungkin  inilah keberkatan yang selalu mak ayah kita cakap. Walupun lauk tu biasa jek tapi jadi sedap sebab terbitnya rasa syukur dalam diri. 

Alhamdulillah. :)

Hari ni kami off main masak-masak sebab ramai yang pulang ke kampung halaman. Tapi bagi aku yang jauh nun di selatan kampungnya terpaksa la bertapa kat sini. Tak pe! Saya Okey Saya Dah Besar. Ceyh bebajet tak tahu homesick gila. haha

Salam Ramadhan Kareem buat semua muslimat dan muslimat dari aku dgn ucapan jangan cuba-cuba korek hidung ea nak buat alasan buka puasa. Haha :p

Wednesday, 10 July 2013

HIT

Haii haii ni ada sikit 'HIT' nak share kat hangpa semua. Enjoy reading. :)

Beberapa kesalahan yang sering dilakukan tapi tak disedari ramai umat Islam termasuk diri yang hening ini. ekekeke

10 kesalahan paling hit time puasa. 

1. Tidak SAHUR - Kerana sahur membezakan orang islam dgn org yahudi. Mereka puasa jugak tapi tak sahur. Dan sesungguhnya berkah puasa itu pada waktu sahurnya.
2. Sahur terlalu awal - Makan banyak-banyak sampai perut gemuk time lewat malam. Lepas tu bangun subuh jek. Hah tu bkn sahur tu supper dik oii. :p

3. Terlebih tidur -_-z -Tidur terlalu lama sehingga merugikan masa sampai semua kerja tak siap abis sibuk tidur jek kan. So nak tidur bole tapi berpada-pada la. heee *aku pun sama suka tidur. hmm ketuk kepala. hiyak!!*

4. Berbuka secara buffet sampai buncit - makan sampai tak larat nak solat. Terawih pun skip. Hah tu dah salah tu. Agak-agak ok. ;)

5. Membazar hingga memBAZIR - Hah ni yang aku tak suka. Perut dok kosong nafsu membelenggu tekak semua benda nak di beli. Tapi kesudahnya tak larat nak makan. Tu lah tamak!!

6. Sambutan Ramadhan HAMBAR - Org lebih menyambut kedatangan syawal dengan rakusnya berbanding ramadhan. Sedangkan time ramadhan ni lah kita nak penuhkan buku akaun dgn amal nak bawak bekalan akhirat.

7. Solat terawih tapi tak QIAMULLAIL pada lailatul qadar - Ingat bila dah solat terawih tu jgn lupa strunggle utk capai 10 mlm terakhir dgn solat-solat sunat. Rugi ok kalau tak grab peluang ni. 1000 kot pahala bonus.

8. Puasa tapi tak SOLAT - Tidak!!! inilah part yang paling berdosa sekali. Apa guna puasa 10 jam tapi solat 5 minit pun tak buat. Pahala puasa pending sebab TAK SOLAT. Sekali lagi aku tekankan TAK SOLAT!!

9. Sibuk beribadah sampai upa cari ILMU - Memanglah bulan ramadhan digalakkan beribadah tapi jangan lupa cari ilmu tu pun ibadah taw. So terus berjuang di medan ilmu. :)

10. Gagal upgrade IMAN - Ibarat dah merentas sungai yang jernih dan segar tapi kotoran di badan sengaja tidak dibersihkan. Allah takutnya.

Semoga kita sama-sama cuba untuk meng upgrade iman kita. InsyaAllah. Terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi hit top 10 ni.