"Hah! Adik dapat nombor 1? Waaaaaaaaaa."
"Sayang anak mak. Belajar lagi rajin-rajin."
Adik balik sekolah. Terus mencari mak.
Mak diatas. Sibuk mengunting kain. Mak pandai menjahit.
"Mak cantiknya jam tu,"
"Kenapa mak pakai jam tiba-tiba? Eh tapi jam ni kecik sangat."
"Adik suka jam ni ?"
"Suka cantik!"
"Ni untuk adik. Taniah. Belajar lagi sungguh-sungguh." Tersenyum mak sambil menghulurkan jam kepada adik.
"Adik kena belajar masak. Cubalah sikit-sikit."
"Kenapa? Adikkan kecik lagi?"
Mak diam.
"Adik sini mak ajar lipat kain. Anak dara sekarang lipat gulung-gulung jek. Tak cantik."
"Kenapa? Adikkan kecik lagi. Nanti dah besar mak ajar la."
Mak diam lagi.
Tengah malam waktu adik demam. Mak masuk ke bilik perlahan-lahan. Cuba menuam kepala adik dengan ramuan tradisional. Terasa nyaman kepala adik.
"Maaaakkk...."
"Adik tidur jek mak ada."
Satu hari mak demam...Lama terbaring. Lesuuu.. Abah mengambil alih tempat mak.
Satu pagi biasa. Mak bangun gagahkan diri.
"Anak-anak mak bangun pergi sekolah. Mak dah buat sarapan."
"Eh mak dah sihat?" Adik menyoal.
Mak tersenyum memandang adik.
Pagi biasa lagi. Mak cuba mengagah diri. Mengejutkan anak-anak mak tapii.....
Dunia mak gelap..Rebah!
Sempat disambut anak mak.
"Mak, anak-anak mak berjaya masuk universiti. Alhamdulillah berkat doa mak."
"Berkat didikan mak."
"Kasih sayang mak."
"Mak."
Orang yang paling dirindui.
Menyatukan cinta yang terlerai.
Merapatkan hubungan yang renggang.
Memberi sinar kehidupan.
Menepati janji yang dikota.
Baru 11 tahun 6 bulan bersama.
Tidak puas rasa bermanja dengannya.
Tidak puas rasa menggembirakan seluruh hatinya.
23/3/2013
Selamat Ulang Tahun Mak.
Semoga Sentiasa DirahmatiNya.
Semoga Kasih Bertamu Kembali Satu Hari Nanti.
Di Syurga Firdausi . InsyaAllah :')
Abah pesan jangan pernah lupa sedekahkan Al-Fatihah buat Mak dan Abah tak kira masih hidup atau dah tak da.
Itu resipi kejayaan anak-anak.
Redha Allah datang Dari Redha Orang Tua.
Al-Fatihah.....
No comments:
Post a Comment