Friday, 2 November 2012

Donut Oh Donut

Assalamualaikum . 
Hai hai di pagi yang hening tiba tiba aku dikejutkan suruh buat donut untuk kenduri rumah sebelah . what ? Hah mana tahu . -..-


Dengan kebijaksanaan yang ada pada aku , apa lagi search jek lah kan . So meyh kita kongsi resipi and cara-cara nak buat donut . Ni aku ambil dekat link ni - http://www.myresipi.com

Bahan-bahan
  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng 
Cara-cara
  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas. 
Dengan gaya-gaya master chef terhebat aku memulakan langkah pertama. Tuang yis dalam mangkuk dan isi air sikit. 
Tiba-tiba, eh asal xjadi ni ? arrrr salah buat !! habislah dah xda yis!!
Hah ! Call abah ." Abah tolong beli yis."
"Hah beli apa?"
"Yis , yis mauripan."
Ooo...mauripan. Ha yla.
Uh selamat ada penyelamat bumi.
Mauripan tu nama produk yis ok . So jom mulakan langkah berlangkah langkah . Hope jadik mcm kat bwh ni !! :)


nanti aku bolek bukak kedai BIAH BIG DONUT !!! huahahaha ;D

No comments:

Post a Comment