Wednesday, 10 July 2013

HIT

Haii haii ni ada sikit 'HIT' nak share kat hangpa semua. Enjoy reading. :)

Beberapa kesalahan yang sering dilakukan tapi tak disedari ramai umat Islam termasuk diri yang hening ini. ekekeke

10 kesalahan paling hit time puasa. 

1. Tidak SAHUR - Kerana sahur membezakan orang islam dgn org yahudi. Mereka puasa jugak tapi tak sahur. Dan sesungguhnya berkah puasa itu pada waktu sahurnya.
2. Sahur terlalu awal - Makan banyak-banyak sampai perut gemuk time lewat malam. Lepas tu bangun subuh jek. Hah tu bkn sahur tu supper dik oii. :p

3. Terlebih tidur -_-z -Tidur terlalu lama sehingga merugikan masa sampai semua kerja tak siap abis sibuk tidur jek kan. So nak tidur bole tapi berpada-pada la. heee *aku pun sama suka tidur. hmm ketuk kepala. hiyak!!*

4. Berbuka secara buffet sampai buncit - makan sampai tak larat nak solat. Terawih pun skip. Hah tu dah salah tu. Agak-agak ok. ;)

5. Membazar hingga memBAZIR - Hah ni yang aku tak suka. Perut dok kosong nafsu membelenggu tekak semua benda nak di beli. Tapi kesudahnya tak larat nak makan. Tu lah tamak!!

6. Sambutan Ramadhan HAMBAR - Org lebih menyambut kedatangan syawal dengan rakusnya berbanding ramadhan. Sedangkan time ramadhan ni lah kita nak penuhkan buku akaun dgn amal nak bawak bekalan akhirat.

7. Solat terawih tapi tak QIAMULLAIL pada lailatul qadar - Ingat bila dah solat terawih tu jgn lupa strunggle utk capai 10 mlm terakhir dgn solat-solat sunat. Rugi ok kalau tak grab peluang ni. 1000 kot pahala bonus.

8. Puasa tapi tak SOLAT - Tidak!!! inilah part yang paling berdosa sekali. Apa guna puasa 10 jam tapi solat 5 minit pun tak buat. Pahala puasa pending sebab TAK SOLAT. Sekali lagi aku tekankan TAK SOLAT!!

9. Sibuk beribadah sampai upa cari ILMU - Memanglah bulan ramadhan digalakkan beribadah tapi jangan lupa cari ilmu tu pun ibadah taw. So terus berjuang di medan ilmu. :)

10. Gagal upgrade IMAN - Ibarat dah merentas sungai yang jernih dan segar tapi kotoran di badan sengaja tidak dibersihkan. Allah takutnya.

Semoga kita sama-sama cuba untuk meng upgrade iman kita. InsyaAllah. Terima kasih kepada sahabat yang sudi berkongsi hit top 10 ni. 

1 comment:

  1. J.R.V. Casino Resort in Las Vegas - JT.H.Hub
    J.R.V Casino Resort in Las Vegas is an 강릉 출장마사지 exclusive location on the Vegas Strip. Our 울산광역 출장샵 guests will 보령 출장마사지 have access to 충청남도 출장마사지 a variety of casino 평택 출장샵 games including

    ReplyDelete