Lepas seminggu pulang dari Sarawak ada lagi pertandingan debat kat UM. Mula-mula aku mmg tak nak join pertandingan ni sbb malas laa. Penat. Baru jek balik haritu takkan nak p lagi.
Tapi disebabkan ketidak cukupan org untuk bentuk satu team aku terpaksa laa masuk. Kali ni mmg gengster habis! Tak berlatih tak apa terus jek masuk tournament. Perh mmg kelaut laa kan.
Ok sebelum tu. Untuk pengetahuan Debat Astar ni adalah debat open bagi junior-junior yang baru nak up dalam debat ni. Secara majoritinya yang terlibat ilah pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Tahun 3 n 4 bolehlah join debat-debat yg lagi gah ye. Bagi peluang kat adik-adik macam patik ni. Heee (Y)
Aku diberi mandat sebagai Perdana Menteri. Jadi tugas aku laa untuk bukak kes supaya org yakin dgn kata-kata aku.
" Yang penting kita yakin! Tak kira lah fakta tu salah atau tak tapi kalau kita yakin orang akn percaya pada kita"- bak kata alumni debat UTM
Hah! Macam tu sekali kuasa mulut ni. Boleh cakap apa jek walau tak masuk akal yang penting yakin. Confem2 org percaya kat kita.
Tapi janganlah hang dok membohong plak berdosa weyh. Hahaha
So 1st game ktorg jumpa dgn team dari UM. Jumpa tuan rumah tu. Gempak tak gempak kan. Dalam game ni ktorg sebagai pembangkang. Dan Alhamdulillah ktorng menang. :)
Seterusnya game kedua ktorng bertemu dengan UPSI. Ktorg sebagai kerajaan plak. Dengan usul Earth Hour Perlu dDikuatkuasakan aku bukak usul dengan suara yang penuh ketakutan. Haha. Maklumlah aku ni darah gemuruh sikit. Tapi xpe. Aku gagahkan juga suara aku yang takut tu sehingga menjadi ayu selama 7minit. Haih bukan senang nak bercakap. Dalam game ni pihak pembangkang cuba bermain psyko dengan aku. Amboi siap puji2 lagi. Ni cheq malas nak cakap. Hahaha
Tapi rezeki lebih memihak pada pasukan UPSI. Takpa masih ada 4 lagi perlawanan sebelum ke suku. Go UTM!
Pada sebelah petang plak kami bertemu dengan pasukan UTHM A dengan isu Ironman Hero Baru Dunia Bukan Lagi Superman. Usul kali ialah usul humor atau perlembangan. Maksudnya kita boleh pilih usul ni terus direct cerita pasal ironman atau lambangkan ironman sbg someone n superman someone. Jadi mengikut keputusan veto ditangan kapten kami memilih usul perlembangan.
So debat punya debat akhirnya keputusan pun dicapai dan kami sekali lagi kalah. Oh sedih! Cukup sedih. Kata kapten "tak pe ni 1st time kita bawa isu perlembangan". Juri kata better cerita terus pada usul. Maksudnya tak payah lambangkan. Cerita je sape Ironman sape Superman. Buat pening jek lambang2 semua ni. Jadi lepas ni kalau dapat usul mcm ni terus jek cerita. "PENGAJARAN"
Tamat hari pertama perjuangan dengan 1 kemenangan dan 2 kekalahan. :(
Esoknya kami teruskan lagi perjuangan untuk 3 game lagi. Kali ni kami perlu menang ke tiga-tiga game untuk sekurang-kurangnya layaj ke suku.
Tapi rezeki kami setakat menang 2 game jekk. 1 lagi game kalah dgn UiTM C. Namun UiTM C pun xdapat ke suku sbb margin mereka rendah.
Ini adalah sbg platform untuk kami pelajar-pelajar tahun 1 utk terus berjaya sbg pendebat terbaik universiti, Aku adalah yg plg nerd sekali aku rasa. Hahaha
Yela kebanyakan team-mate aku dah ada pengalaman berdebat sejak sekolah lagi. Tapi aku xd. Haha.
Takpe tu bukan alasan. Takda alasan untuk BERJAYA. Bukan dalam berdebat jek tapi dalam semua aspek.
"Jika kamu tidak melangkah KEDEPAN, kamu akan kekal ditempat yang SAMA." - notakaki
Jadi berusahalah! :)
Gambar kenangan di Fakulti Undang-undang.
Cita-cita lama. :')
No comments:
Post a Comment