Tuesday, 16 July 2013

HATI




Wahai hati
Usah kau tangis kehilangan ini
Usah kau raung pemergian ini
Usah kau jatuh kerana lemahnya hati

Aku tahu susah untuk kau lupa musim bunga lalu
Aku tahu susah untuk kau lupa wanginya bau bunga itu
Aku tahu susah untuk kau buang kuntum-kuntum bunga itu
Tapi aku yakin bunga yang layu tidak akan mekar lagi
Tidak akan wangi seperti pertama kali kau memiliki

Aku tahu kau sakit
Aku tahu kau terkhianati
Aku tahu kau tak inginkan ini
Tapi Tuhan itu lebih mengetahui

Kau tangis hari ini
Kau raung hari ini
Kau benci hari ini
Tapi akan ku pastikan esok kau bahagia



Kuatkan hatimu
Mahalkan dirimu
Rahsiakan dirimu
Kerana yang indah itu rahsia

Kebalkan dirimu dengan sabar
Tabahkan hatimu dengan takwa
Serahkan segala pada yang Esa
Kerana dia pemilik segalanya




Jadilah hati wanita yang kuat
Jadilah hati wanita yang terhormat
Jangan biar kotoran lelaki menyentuhnya
Jangan biarkan kotoran leaki membusukinya

Kerana ada Imam lebih layak untuk kau hadiahkan
Kerana ada Imam lebih layak untuk memilikinya
Kerana ada Imam lebih layak untuk menyayanginya



Kerana Imam itu pemilik tulang rusuk mu.

Nukilan ini dituju khas buat sahabatku yang terkhianati oleh seorang bernama lelaki.
Pesanku kuatkan lah hatimu kawan. Jadilah wanita yang mahal hingga baunya sukar untuk di hidu.

Percayalah ada bahagia untukmu. :)



No comments:

Post a Comment