Sunday, 2 June 2013

Geomatik

Assalamualaikum.

Untuk pengetahuan semua hari ni 2/6/2013 pengambilan baru pelajar diploma UTMKL sesi 2013/2014 telah diadakan. Jadi agak meriahlah kat kolej kediaman ni. Biasalah yang masuk u seorang tapi semua ahli keluarga datang. Maklum bagi semangat sikit kat adik-adik yang masih kat bangku sekolah tu. Haha
Btw aku sebagai senior *bajet betoi* ucapkan taniah pada mereka semua yang terpilih.

Tapi hari ni bukan tu tujuan utama aku membuang masa depan lappy ni. Tujuan aku adalah untuk mengkormesialkan kursus yang aku ambik kat UTM ni. Mungkin orang ckp "alah dah masuk u baru nak kormesialkan". Ah tu korang. Adik-adik korang masih ramai lagi yang tak masuk u. And ntah-ntah korang yang dapat kos ni pun tak tahu kos ni pasal pe. Kan? Ngaku jek. Toksah nak memalu eah.

Ok sebenarnya, sejujurnya, dan secara tidak bohongnya aku dulu pun main apply jek kos ni. Sebab nama dia macam pelik. Hah! mesti tak ramai yang apply kan. Tapi sangkaan aku meleset rupanya batch akulah paling ramai pengambilan kos geo ni. Seramai 53 orang. Selalunya kos aku ni tak lebih 30 dan kos ni didominasi oleh kaum adam sbb kerja-kerjanya yang berat lagi taf! Well itu rezeki kami. Alhamdulillah setakat ni semua boleh beri komitmen tak kira laki ke gegirls.

Sebenarnya nama geomatik ni adlah nama baru bagi kos ukur tanah. Kalau dekat UiTM mereka dah tukar pada nama baru tapi UTM still guna ukur tanah. Baru nampak retro. Haha. Tak adalah sebenarnya UTM pun tengah mohon utuk tukar pada nama geomatik.

Minat ke? Hah nilah soalan yang orang selalu ajukan pada pelajar-pelajar baru. Minat ke kos ni? Tahau tak kos ni masuk hutan semua. Duk tengah panas. Hah jawapanya TAK!! Ye memang aku tak minat langsung lgi-lgi ada banyak sangat benda nak kira. Tapi manusia boleh berubah. Cinta boleh dipupuk. Dan sekarang aku sangat sukakan kos ni. Sbb kos ni mencabar. Masuk keluar hutan semua. Woii baru brutal. Haha

Kos ni adalah salah satu cabang kejuruteraan jugak. Kalau dekat UiTM kos kejuruterann geomatik tak ditawarkan sebalik Sains Geomatik. Maksudnya kalau sambung degree nanti korng punya ijazah B.SC sebaliknya di UTM korang boleh choose nak sambung B.SC or B.ENG. Jadi itulah kelebihan kos Geomatik di UTM. Dan di UTM kos ni adalah bagi pelajar aliran Sains sahaja.

Yang lebih penting kos niamatlah terhad. Tidak seperti kos-kos lain yang banyak ditawarkan di pelbagai universiti dan kolej. Kos Geomatik cuma ada di UTM, UiTM dan politeknik sahaja. Mungkin ada di sesetengah kolej. Dan diperingkat dunia juga hanya ada negara-negara tertentu jek yang menawarkan kos Geomatik ni. Nampak tak permainan dia? Haha

Subjek?

Ok subjek yang perlu ktorng amk merangkumi semua aspek berkaitan kejuruteraan ukur tanah dan sains geomatik. Kiranya segalan jenis sains bumi ni ktorng belajar. Semua ke? Bole dikata semua laa. Tapi jangan risau nanti degree kita tinggal transfer kredit jek. So nnt degree dah xlama.

Ni senarai subjek yang aku amk masa tahun 1.
Sem1
  • Ukur Asas
  • Pengenalan Geomatik
  • Foundation Eng Maths
  • Physic
  • TITAS
  • Hubungan Etnik
  • English
Sem 1 ni ktorng belajar sama macam budak matrik sbb masih foundation lagi. And look ktorng kena amk fizik yang menyayat hati tu sbb ktorng tergolong dlm eng course. Haih ~_~

Ni pulak subjek sem 2.

  • Ukur Kejuruteraan
  • Astronomi
  • Geodesi
  • Kartografi
  • Eng Maths
  • AutoCAD
  • English
Sem 2 lagi seronok sebab ktorang belajar dunia geomatik yang sebenarnya. Even baru sikit2. Tapi da rasa seronok. :D
Peluang pekerjaan pun sangat luas. Bukan dlam bidang ukur tanah jek tapi boleh terlibat dalam pelbagai bidang sains geomatik macam pemetaan remote sensing hidrografi danbanyak lagi. Gaji jangan ckp lah memang masyukk abis. Lepasan diploma pung da masyukk apa lagi lepasan degree. 

Pesana dari penaja :



"Jangan pernah takut untuk mencuba kerana selagi kita tidak mencuba kita tidak tahu sejauh mana kemampuan kita."


"Dan yakinlah engan rezeki Allah. Jangan cepat melatah." 



Ok. Adios. i 

2 comments:

  1. Assalamualaikum.TITAS tu apa ya?

    ReplyDelete
  2. hai..nice blog adik...good info tq share ..menarik bidg geomatik ni.dn luas juga peluang kerjayanya.. ade adik 2 nak tau lebih bolehla wsp sis bantu bg info ..dik bole mntk keje kt sini..

    Jabatan Ukur
    Jabatan Tanah
    Jabatan Kerja Raya
    Petroleum
    Jabatan Perhutanan
    Firma Pengukuran
    Firma ICT / GIS
    Pensyarah Universiti
    Firma Pengurusan
    Firma Alam Sekitar

    ha..nmpk byk tu peluang..gaji pun best..jom wsp la nak dgr details akak terang..
    www.wasap.my/601116930576

    ReplyDelete