Assalamualaikum...
Setelah hampir 4 bln memulakan hidup baru di universiti maka tibalah hari untuk menilai diri pada semester pertama ini. Hari ni aku akan menduduki peperiksaan akhir semester 1 di dewan besar UTMKL. Paper ptme yg bkl aq hadapi ialah english proficiency.
Semoga segala urusanku di permudahkan. Amin..
Dalam kesibukkan dan ketakutan aku untuk menghadapi final exam ni, ramai orang-orang di sekeliling aku memberi dorongan dan kata-kata semangat supaya aku lebih yakin dan bersedia menghadapi hari getir ini.
Mereka yang tidak ku sangka-sangka juga turut memberi semangat.
Abah! Adalah insan yang sentiasa buat aku rasa terharu dan amat disanyangi. Malam tadi aku oncall ngn abah utk beritahu dia yang aku start exam esok Kata-kata abah buat hati aku runtun.
"Buat yang terbaik. Jangan lupa bangun buat solat hajat".
"Orang tak boleh..."aku.
"Tak boleh? Xpe nanti abah bangun mlm ni tolong buatkan solt hajat utk ya".
Aku terdiam. Huh trase sangat sedih tatkala abahku berkata begitu. :')
Aku mesti buat yang terbaik! Abah dah terlalu banyak berkorban utk aku.
Ini belum lagi dikira dengan bacaan Yaasiin dan solat sunat sewaktu aku periksa nanti. Abah akan membaca Yaasiin sepanjang peperiksaan berlangsung sehinggalah waktu peperiksaan tamat.
Abah!
Terima kasih untuk segalanya :)
Abang Nadi telah membuat aku tersenyum dan sebak tatkala membaca blognya (nadikarusan.blogspot.com). Dia telah mendedikasikan satu post yang berjudul "My Little Girl" untukku. Selain abah dialah orang yang sering mengambil berat perihalku. Apa yang kurang semuanya akan cuba diberikan hanya untuk kesenangan dan keselesaanku belajar. Dia juga telah banyak berkorban demi aku namun tidak pernah sekali dia mengungkit walaupun dia juga masih belajar.
"Ingat kita cuma ada abah jek".
"Buatlah yang terbaik. Abah dah terlalu banyak berkorban untuk kita".
Aku bangun jek dari tidur hari ni aku tengok 2 misscall. Oh abang Saffar call! Pagi-pagi dia call utk pesan kat aku n nak bagi kata-kata semangat before masuk exam. Tapi sayang dia call aku tak bangun lagi. heee...
Abangku yang sorang ni berbeza sangat dengan abang Nadi ku. Kalau abang Nadi tunjuk rasa sayang dan caring dia pada aku tapi abang Saffar. Dia ala-ala taiko xbrpe nak taiko. haha.. Aku tahu dia ambil berat pasal aku n risau pasal aku tapi dia tak tunjuk. Ala malu r tu..poyo! haha..
Dulu dia taklah se caring sekarang ni. Tapi semenjak dah jadi mahasiswa nampak perubahan ketara pada dia. Dia mula menjadi abang sangat caring tapi gengster. Ego !syg xnk tunjuk. haha.. Dia siap pesan kat aku mkn maggi tu seminggu sekali jek. Sarapan jgn lupa amk. Selawat banyak-banyak. Jangan nervous sgt. Tenang jek jawab exam. Dan mcm-mcm lagi pesanan penaja yang dia bagi. Ala-ala mak-mak pesan . haha...Sapot, Sapot!
Abg Nadi n Saffar! huh konon acting lebih!!
Haahaha ;D
Ya Allah, Kau rahmatilah kami semua.
Ya Allah, Kau permudahkanlah setiap urusanku, Kau bantulah aku.
Ya Allah, Kau jadikanlah aku anak yang solehah, pelajar yang cemerlang dan hambamu yang terbaik. Amin..
No comments:
Post a Comment