Secara officialnya ini adalah entri pertama aku sejak menjengah tahun 2014.
Ni pun aku curi-curi masa nak menaip. Sesambil buat take home test utiliti. Dek kerana jawapan tak muncul tiba, tak turun dari langit baik aku menaip. haha
Lokasi: Balai Cerap Al Khawarizni
Sabtu lepas bersamaan 15/2/2014 kami pelajar2 kursus ukur tanah telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Balai cerap Al Khawarizni di Melaka. Balai cerap ni adalah balai cerap yang terbesar di Malaysia.
Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk memdekati ilmu Astronomi yang merupakan salah satu subjek kursus ukur tanah dengan lebih dekat. Kami telah meminta pihak balai cerap untuk menunjukkan cara-cara mencerap bulan dan bintang.
Aktiviti kami bermula selepas usai solat magrib. Sebelum aktiviti mencerap di mulakan kami diberi sedikit taklimat dan cara-cara membaca peta langit. Kalau selama ni kami hanya baca peta jalan tapi hari ni kami didedahkan dengan ilmu astronomi yang menakjubkan.
Kami diberi peluang mencerap dan melihat sendiri kecantikan bulan penuh pada malam tersebut. Seperti mendapat bonus dari Ilahi bukan sahaja bulan yang cantik malah beberapa jenis bintang, horoskop dan yang paling tidak disangka2 kami dapat melihat planet marikh dan 4 satelit semulajadinya.
Subahanallah! Hanya kata-kata pujian keatas Allah yang Maha Hebat lagi Maha Cantik.
Hebatnya Allah menghias langit ini.
Selepas melihat sendiri bagaimana begitu indah Allah ciptakan langit aku merasa diri begitu kerdil. Sedangkan ciptaan hebat di atas langit sana Allah mampu ciptakan dengan begitu indah dan sempurna apatah lagi aku manusia yang lemah ini.
Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar sendiri bagaimana membaca peta langit korang boleh download sky map untuk iphone. Bagi android pun ada cuma aku tak pasti apa nama application dia.
selain tu kalau nak tengok lagi puas korang boleh download stellarium untuk perisian komputer.
Ilmu Allah tu luas, jadi belajarlah dan hayati kebesarannya.