Wednesday, 29 May 2013

Debat Astar UM

Assalamualaikum.

Lepas seminggu pulang dari Sarawak ada lagi pertandingan debat kat UM. Mula-mula aku mmg tak nak join pertandingan ni sbb malas laa. Penat. Baru jek balik haritu takkan nak p lagi.
Tapi disebabkan ketidak cukupan org untuk bentuk satu team aku terpaksa laa masuk. Kali ni mmg gengster habis! Tak berlatih tak apa terus jek masuk tournament. Perh mmg kelaut laa kan.


Ok sebelum tu. Untuk pengetahuan Debat Astar ni adalah debat open bagi junior-junior yang baru nak up dalam debat ni. Secara majoritinya yang terlibat ilah pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Tahun 3 n 4 bolehlah join debat-debat yg lagi gah ye. Bagi peluang kat adik-adik macam patik ni. Heee (Y)
 
Aku diberi mandat sebagai Perdana Menteri. Jadi tugas aku laa untuk bukak kes supaya org yakin dgn kata-kata aku.

" Yang penting kita yakin! Tak kira lah fakta tu salah atau tak tapi kalau kita yakin orang akn percaya pada kita"- bak kata alumni debat UTM

Hah! Macam tu sekali kuasa mulut ni. Boleh cakap apa jek walau tak masuk akal yang penting yakin. Confem2 org percaya kat kita.

Tapi janganlah hang dok membohong plak berdosa weyh. Hahaha

So 1st game ktorg jumpa dgn team dari UM. Jumpa tuan rumah tu. Gempak tak gempak kan. Dalam game ni ktorg sebagai pembangkang. Dan Alhamdulillah ktorng menang. :)

Seterusnya game kedua ktorng bertemu dengan UPSI. Ktorg sebagai kerajaan plak. Dengan usul Earth Hour Perlu dDikuatkuasakan aku bukak usul dengan suara yang penuh ketakutan. Haha. Maklumlah aku ni darah gemuruh sikit. Tapi xpe. Aku gagahkan juga suara aku yang takut tu sehingga menjadi ayu selama 7minit. Haih bukan senang nak bercakap. Dalam game ni pihak pembangkang cuba bermain psyko dengan aku. Amboi siap puji2 lagi. Ni cheq malas nak cakap. Hahaha

Tapi rezeki lebih memihak pada pasukan UPSI. Takpa masih ada 4 lagi perlawanan sebelum ke suku. Go UTM! 

Pada sebelah petang plak kami bertemu dengan pasukan UTHM A dengan isu Ironman Hero Baru Dunia Bukan Lagi Superman. Usul kali ialah usul humor atau perlembangan. Maksudnya kita boleh pilih usul ni terus direct cerita pasal ironman atau lambangkan ironman sbg someone n superman someone. Jadi mengikut keputusan veto ditangan kapten kami memilih usul perlembangan.

So debat punya debat akhirnya keputusan pun dicapai dan kami sekali lagi kalah. Oh sedih! Cukup sedih. Kata kapten "tak pe ni 1st time kita bawa isu perlembangan". Juri kata better cerita terus pada usul. Maksudnya tak payah lambangkan. Cerita je sape Ironman sape Superman. Buat pening jek lambang2 semua ni. Jadi lepas ni kalau dapat usul mcm ni terus jek cerita. "PENGAJARAN"

Tamat hari pertama perjuangan dengan 1 kemenangan dan 2 kekalahan. :(

Esoknya kami teruskan lagi perjuangan untuk 3 game lagi. Kali ni kami perlu menang ke tiga-tiga game untuk sekurang-kurangnya layaj ke suku.

Tapi rezeki kami setakat menang 2 game jekk. 1 lagi game kalah dgn UiTM C. Namun UiTM  C pun xdapat ke suku sbb margin mereka rendah. 

Ini adalah sbg platform untuk kami pelajar-pelajar tahun 1 utk terus berjaya sbg pendebat terbaik universiti, Aku adalah yg plg nerd sekali aku rasa. Hahaha

Yela kebanyakan team-mate aku dah ada pengalaman berdebat sejak sekolah lagi. Tapi aku xd. Haha.
Takpe tu bukan alasan. Takda alasan untuk BERJAYA. Bukan dalam berdebat jek tapi dalam semua aspek. 
"Jika kamu tidak melangkah KEDEPAN, kamu akan kekal ditempat yang SAMA." - notakaki

Jadi berusahalah! :)

Gambar kenangan di Fakulti Undang-undang.
Cita-cita lama. :')


Monday, 27 May 2013

"For Tomorrow Speak Today"

Assalamualaikum awak. :)

Haii. Lama dah tak menconteng kat sini. Bukan apa cuma sibuk. Kira cuti ni aku banyak habiskan masa kat luar. Baru start cuti 2 minggu dah ada tournament debat kat Sarawak. Tu yang sibuk. Seminggu aku tinggal kat UTMJB untuk latihan ke Sarawak. Secara tak sengaja aku pun belajarlah cara hidup students kat JB ni.

Seperti yang anda tahu UTMJB tersangatlah besar. Nak banding dgn KL haaalaaa ciput sgt. Haha
Kalau takda transport hidup kat JB tu alamatnya patah kaki laa. Susah nak gerak kemana-mana. Nak-nak masa aku tinggal sana aku duduk kat kolej 12. Kolej ni luar lingkaran ilmu. Luar lingkaran ilmu ni maksudnya luar dari kawasan-kawasan utama univesiti macam fakulti, DSI, PSZ n lain. Yang penting mmg jauh laa.

Masa hari pertama aku kat sana gila bosann. Siang memang xda latihan sbb students degree semua da kelas. So latihan ktorg mlm jekk. Akibat tahap kebosanan yang teramat sgt aku pun pinjam motor senior aku yang kebetulan tak da kat Malaysia waktu tu. Dia ke Korea ada program GPO.

Aku pun mcm org mengantuk disorong bantal laa kan. P jejalan sementara tggu mlm. Sesat gak la mula. Tapi aku watlek watkul jek. Belagak tuh! Hahaha. Selama aku kat sana aku guna motor senior aku jekk. At least tak la mati kutu kan. Haha

Lepas seminggu ktorang berlatih masa untuk terbang pun tiba. Ktorng terbang ke Sarawak dgn semangat ynag berkobar-kobar. Ceyh.

Ktorng stay sana selama seminggu. Sebenarnya tournament tu tak da lah sampai seminggu tapi sbb jauh tu yg lama sikit kat sana.

Sejujurnya aku boleh katakan yang aku lebih ke arah melancong. Sbb debat ktorng 4 hari jek. Kebetulan abg aku study kat UniMas tu yang asyik berjalan jek. Haha. Lepas tu aku punya senior satu course pun org Kuching. Memang byk berjalan laa.

Abang aku baik gila kat sana. Siap bwk p rumah family angkat dia. Belum lagi cerita family angkat dia pulak bwk aku p jejalan.

Team debat ktorng tak da rezeki untuk ke suku. So hari terakhir tu mmg ktorg free sesgt dan aku telah mengambil kesempatan untuk berjimba kat sana. Haha.

Actually xnk pun keluar p berjimba tapi Bapak (ayah angkat) abg aku ngn abg aku bersemangat nak bawak aku jalan aku pun on jek laa. Kesian pulakkan. Bapak abg aku ajak ktorg p muzium Sarawak. Nak kenal sejarah dan budaya Sarawak katanya. Yang paling penting dyorng nak tunjuk kat aku tengkorak yang mmg sinonim dgn budaya sarawak satu masa dulu. Tapi bila sampai kat muzium pameran tengkorak ditutup sbb ada kerja-kerja baik pulih. Haih sedih. Tulah impian aku datang sarawak ni sebenarnya. Tapi impian nak main sumpit terlaksana! haha :)


 Jaga-jaga kang ku sumpit kau! :p

Waterfront adalah tempat antara yg femes kat sini. Seronok lah ada basking semua. And jauh kat seberang tu bangunan Dun. Cantik kan.

Ni Bapak ayah angkat abang aku. Time ni kat muzium.
"Aku sedang menumbuk Brooke!" :D

Ni la ulat pokok sagu yg femes kat Sarawak. Rasa dia mcm udang.
Abang aku dah makan. Eee...

Lepas puas berjalan dgn Bapak dan abg aku dari pagi sampai ptg aku pun pulang ke pangkal jalan. Penat sgt dah ni. Lupa nak ckp. Bapak beli kan aku banyak sgt ole-ole untuk bwk blk semenanjung smpai tak muat beg. Haha.

Ok. Lepas pepenat dah berjalan satu Kuching aku pun baliklah berehat. Tapi aku dapat rehat kejap jek sbb senior aku pulak nak ajar keluar. P tengok sunset ka Damai Beach. Waaaa Seronoookkk yee. Even penat tapi kau gagah kan gak diri p sbb tak sampai hati. Tapi serius aku tak nyesal myb nyesal kalau tak sbb sunset dia cantik sesgt. Damai beach ni berlatar belakangkan Gunung Santubung da Sejinjang. Gunung ni bentuk org baring. Serius nampak sgt. Subahanallah! Hebat sgt!

Tengok ni! Cantikkan :)

Lepas tgok sunset ktorg gerak balik ke Kuching. Next ktorg p kedai kek lapis. Senior aku ni baik sgt dia belikan samapai 4 kek lapis. Waaa tambah dgn Bapak belikan. Yang aku beli lagi. Banyak gila!! :O)
Alhamdulillah.

Lepas tu ktorng p makan laksa Sarawak dkt Planet Sambal. Sedap sgt laksa dia nii. Sedap smapai bole rasa bahgia la mkn. Hahaha

Lepas tu jejln kat waterfront. Jalan punya jalan ktorng nampak ada org main lastic lamp. Seronk gila. Bila lastik tinggi perh rasanya dah bole bajet pro r. Hahaha. Dengan perasaan yang masin kanak-kanak bawah umur ktorng pun beli dan main sampai berpeluh-peluh. Seronok weyh!!! Senior aku pun sama budak-budak yee. Haha.
Lastic lamp ni ada dua. Satu aku beli before keluar dgn senior aku.
Satu lagi senior aku belikan. Bole main puas2 lepas ni. Ihikss >_<
Lepas puas berlastik dia hantar aku balik hostel dan tamatlah hari-hari indah di Sarawak.
Esoknya ktorng bertolak balik ke Semenanjung. Tapi before berlepas tetiba abg aku dtg. Haih suka buat surprise. Happy gila la kan. Even dia ada kelas dia cari masa gak nak p jenguk aku. Terharu. :')

Selamat Tinggal Sarawak. Ada jodoh ketemu lagi kita.
Thanks Sarawakian yang sgt baik.
Thanks Sapot.
Thanks Bapak.
Thanks Hanif n his friends.
Uolls made my day awesome there. :)



Friday, 3 May 2013

Alhamdulillah

Assalamualaikum gengs.



Alhamdulillah. Hari ni result exam keluar dan alhamdulillah. Usaha keras akhir ye membuahkan hasil yg lumayan.

Terima Kasih Ya Allah. Terima Kasih tak terhingga.

Rasa nak nangis.

Kalau betul nak fly sem 3 kena usaha to the maxxx.

InsyaAllah.

Tak ada yang mustahil dengan izin Allah.