Monday, 22 April 2013

Poligami

Assalamualaikumwaramatuaallahiwabarakatuuu....

Hai dudes n babes. Oh maybe husband n wife to be. Ekeke



Nampak tajuk entri kali ni pun dah cukup panas kot even cuaca kat luar suam-suam kuku jek. Haha

Kenapa dan mengapa aku pilih tajuk ni sbg tajuk entri kali?

Sebab ramai wanita-wanita diluar sana yang menentang gila-gila poligami. Why?

Jangan tanya aku sbb aku xd pengalaman. Haha

Sebelum aku terus menulis pasal poligami ni mungkin ada datin-datin tepi dapur akan ckp "Ha lah! Baru nak kenal dunia da pandai nak cakap pasal poligami".

Assalamualaikum datin, mmg saya baru nak kenal dunia tapi saya ada hak utk bersuara. Ekekeke

 Tetapi mungkin berbeza dgn si datuk-datuk dlm office. Mungkin mereka akn ckp "Hok aloh budak ni. Bijak ckp psl poligami. Ni rasa nak kahwin lg".

Hamboi datuk, p tanya datin hang tu dulu jgn dok nk kahwin jek. Restu tu penting ok.

So, sebab pertama aku tulis pasal poligami ni sebab ada a few kekawan aku ni suka sgt tanya pasal poligami. lelakilah for sure. Kalau perempuan mahu direjam aku hidup-hidup ckp pasal poligami ni.

Aku sangat open pasal poligami ni. Memang 1st impression aku akn pandang serong kay org yg berpoligami ni tp bila aku fikir balik mungkin ada sbb  kenapa mereka berpoligami.

Dan aku merupakan antara perempuan yang tak kisah langsung dgn isu ni. Bila org tnya aku pasal poligami aku akn ckp " Why not kalau dia mampu."

Mungkin ada yg akn ckp kalau aku yang dimadukan aku boleh terima ke? Yes! For sure. Tapi biarlah aku ynag pertama sbb aku tak nak menyakiti. Nampak ayat aku mcm propa gila kan tapi bila kita tengok balik soal dosa pahala.

Dosa kita antara Allah InsyaAllah boleh di ampunkan andai kita bertaubat se taubat-taubatnya tapi bila kita berdosa dgn manusia, manusia tu sendiri yang perlu memaafkan kita.

Nampak tak bertapa beratnya dosa sesama manusia ni. Sbb tu aku lebih rela menjadi yang pertama.

Pada aku tak salah kalau seorang lelaki tu nak berpoligami asalkan dia mampu dan dia tahu tanggungjawab dia.

Tapi yang aku tak setuju kalau dia berpoligami atas dasar nafsu. Assalamualaikum Adam. Kalau nak berpoligami tu biarlah niat bersih. Memang nak jadikan si dia isteri yang sah. Niat tu biar kerana Allah.

Mungkin si kaum Hawa akan mempertikaikan tentang kesetiaan. Ya betul setia tu perlu. Tapi kalu dia masih boleh setia even selepas berpoligami tak salahkan? Maksudnya nilai  kesetiaan dia tu tinggi.

Perkara yang paling penting ialah keadilan. Si Adam perlulah adil dari segi pelbagai aspek agar si Hawa-Hawa ini tidak ada seorang pun yang merasa tersisih. Hah! Adam perlu ingat juga hati Hawa mudah terasa, so berlakulah adil seadil-adilnya.

Tapi dalam konteks adil ni kita kena lihat dari dua aspek iaitu kebendaan dan kasih sayang. Memang benar kasih sayang itu tak boleh diukur sama tinggi kerana mesti salah satu akan disayng lebih berbanding yang lain. Kita tak boleh menafikan kerana ini mmg lumrah manusia. Jadi cukuplah kita bersyukur dgn segla yang kita ada sekarang.



So tugas si isteri jika di madukan mestilah saling bantu membantu. Tak da guna jika bersikap iri hati, benci dan hasad dengki sbb semua tu menyumbang kpd akaun dosa jek. Penat weyh pikul dosa. Baiklah berbaik-baik n saling menyayangi. InsyaAllah one day nnt boleh sama-sama jaga suami di syurga. Siapa tahu kan? Tapi yang pasti, "Yang Baik DiBalas Baik dan Yang Buruk Dibalas buruk"

Ingat Janji Allah Itu Pasti.

Jika Benar Hati Itu Sudah Diserahkan Sepenuhnya Pada Allah Tiada Alasan Untuk Menolak Takdir Allah.

Sekian pendapat dari budak mentah.

Ukhwah itu manis. Poligami juga satu ukhwah. InsyaAllah :)

Thursday, 18 April 2013

Shiseido Black Mask

Hai, Assalamualaikum.....


Ehh kenapa anonymous plak menyemak ni??

Bukan dia yang aku nak cerita. Dia kira tetamu undangan minggu ni. Ceyh! Haha

Hari ni aku nak share pasal Shisedo Black Mask.

Ok black mask ni actually untuk menanggalkan black head n white head yang sangatlah nakal. Memang dah lama aku cari mask yang boleh tanggalkan diorang dari dok menyemak kat kulit aku ni. Banyak jek produk kat pasaran sekarang ni. Tapi aku xberani nak cuba sebab kulit aku ni jenis yang sensitif sikit. Aku cuma bole guna produk yang memang pasti bahan-bahan dia dari hasil semulajadi. Neutral gituuu. Cewahhh. Haaha

So one day aku p laa Aeon Wangsa Maju utk cari mask tp xd satu pun yang aku rasa sesuai utk aku. Bahan-bahan yang diragui. Ceyh bajet ! :p

Adapun untuk bahagian hidung punya jekk hampir RM100 harga dia. Maihhh kalau aku ni cop duit ada harta tujuh keturunan tak habis xpe laa ni nak mkn pun berkira-kira. Student kan. Saddd lifeee. ~_~

So aku decide xnak beli dulu. Aku nak cari lagi. Cari punya cari aku terjumpa Shisedo Black Mask ni kat some page group kat FB. Lepas baca dia punya ingredients sesemua, aku rasa ok kot. Lagipun dgn harga promosi yg murah bole laa aku sbg student nak beli kan. Haha

So aku decide utk beli 12pcs = RM 30 termasuk posttage ok. Hah murahkan. Satu paket tu kalau pandai guna kita bole guna 2 3 kali taw  Kalau banyak sangat black head n white head tu tonyoh jek mask bebanyak bia diorang mati ! Haha

Tapi ingat, jangan p bantai pakai setiap hari kang habis muka hang terhakis. Pakai cuma 2 hingga 3 kali jek seminggu. Ok ? Bagus! :)

Hah ni cara-cara penggunaan yeee...



Urusan pos yang cepat lagi laju sangat memuaskan hati aku. Pos hari isnin, selasa dah sampai . Cepatkan.

Tak macam selalu aku beli barang online. Ada tu sampai 2 minggu weyh. Perh masak nak tunggu. -___-

Sampai jekk mask tu kat pejabat kolej kediaman aku dgn excited ye balik bilik terus pakai. Muehehe

Lepas beberapa jam aku bukak, yeah! Hasilnya sangat membanggakan. Member2 pun sibuk nak pakai. Aku plak sibuk jadi promoter. Ehhh rasa ye xdpt income pun . Hahaha XD

Tak da laaa. Aku rasa seronok utuk kongsi bebenda gini. Untuk kebajikan bersamakan. Untuk kulit yang cantik bersamakan. Hahaha

So sesiapa yang berminat bole laa dapatkan Shisedo Black Mask ni. Bole hubungi terus pembekal. Ni no dy 019 903 9300 . Ehh WhatsApp pung bole. Jimat sikit. Hehe

Ehhh, lupa nak cakap. Shiseido ni original made in jepun taw. So sangatlah rugi kalau xdapatkan dengan harga yang murah ni.

Kalau hangpa p Parkson laaa nak beli set Shiseido mahu beratus hangpa abis. Cukup bulan duit pun abis. Hah makanlah shisedo tuuu . Haha

Ok selamat mencuba. xoxo

Friday, 5 April 2013

Habis

Assalamualaikum dudes n babes.... :)

Nampak aku mcm bahagia jek kan. Gila tak bahagia aku dah abis final kot . Dan yang paling bahagia aku dah abis tahun pertama kat UTM . Thanks being nice UTM . Eh nice ke? Wkwkwk

Last paper Eng Math . Alhamdulillah apa yang aku study, apa yang aku ajar kekawan semua keluar. Aku rasa bahagia jawab. Eh susa taw aku nak rasa bahagia jawab math. Maklumlah aku ni bukan pandai mengira sangat. Kira duit tahulah . Hehe. Aku siap mintak tambah kertas kau . Ceyh bajet buat banyak sangat jek . Haha :D

Tapi.....

Dalam keseronokka aku menjawab.....

Aku tertinggal 1 soklan . Waarggghhhhh!!! Hah tu lah bahagia sangatkan, seronok sangat kan dah tertinggal satu soklan . =o=

Nasihat dari penaja : Jangan suka sangat ! Ingat Allah Banyak . Heee :)

Berbalik pada cerita final ni, bukan semua paper aku keluar dengan senyum manis bak gula melaka dibibir. Ada je paper yang aku keluar dengan air mata mutiara di pipi. Weyh kau ingat senag ke geomatik ni . Gila asyik mengira jek kau tahu! Penat otak aku main kira-kira. Eh kakulator saintifik 570 pun boleh Math Error taw . -__-

Paper yang paling teruk aku rasa EngSurvey. Dah lah aku amk survey lepas tu subjek survey paling horror . Tah pape jek . Actually bukan aku tak pandai buat . Senang! Soklan tu senang . Tapi ntah dosa apa aku buat aku tersalah buat soklan ukur aras yang senang tahap goyang kaki . Ya Allah. Time tu aku cuma mengharap pertolongan dari Allah .

Sumpah sedih! Yelaaa . Mana tak penat. Aku study mcm nak rak kau taw. Dengan p Perpustakaan Sultanah Zaharah yang besau tu tok study. Study week aku abis kat situ jek. Dari pagi sampailah malam. Sambung lagi study sampai 3 4 pagi . At last aku gagal untuk buat yang terbaik. Padahal aku suka gila Eng Survey ni . Aaarggghhhhh!!! Ya Allah berilah aku keputusan yang baik ,. :'(

Allah...

Lepas jek paper Eng Survey yang hancur lunyai berkecai tu, aku rasa down. Down sesangat. Aku tak telefon abah pun mcm selalu aku buat. Sebab aku tak nak abah rasa apa yang aku rasa . Dahlah abah tolong buat solat hajat n baca Yaasin kat rumah untuk aku mudah jawab exam . Haih.. x_x

Tapi...

Perasaan orang tua ni sangat kuat. Lepas solat zohor abah call. Dengan berat hatinya aku angkat cal. Abah tahu masalah aku. Lepas tu abah bagi nasihat kat aku . Rasa tenang sikit . Walaupun masih sedih. ~_~

Abah suruh aku buat solat hajat. Banyakkan berzikir. Istighfar. Selawat banyak-banyak. Abah suruh banyak qiam. Bangun malam solat sunat. Abah ajar doa ketika dalam kesusahan . Aku amalkan. Aku buat mcm mana abah ajar. Walaupun sebenarnya aku tak sempat bangun qiam . Yelaaa aku study sampai 3 4 pagi . Set jam kul 5 . Hah kelaut . Subuh baru sedar. Tapi aku buat gak walaupun dah subuh. Aku tambah dengan baca ayat al-Quran sbb dah subuh patut bangun tengah malam. Harap dapat topup apa yang kurang. Heee. Aku harap Allah terima ibadah aku. Dan makbulkan doa aku .

Alhamdulillah walaupun aku tak bangun Qiam pada waktu qiam yang sepatutnya, tapi Allah masih sayangkan aku . Alhamdulillah paper yang seterusnya Kartografi, Astronomi dan Eng Math aku dapat buat dengan baik. Berakhir dengan senyuman . :)

Terima Kasih Ya Allah.

Semoga keputusan kali ni lebih baik dari sem lepas .

Ingat walau sehebat mana kita jangan lupa tanggungjawab pada Allah dan jangan lupa orang tua .

Selamat bercuti, Adios!