Monday, 22 April 2013

Poligami

Assalamualaikumwaramatuaallahiwabarakatuuu....

Hai dudes n babes. Oh maybe husband n wife to be. Ekeke



Nampak tajuk entri kali ni pun dah cukup panas kot even cuaca kat luar suam-suam kuku jek. Haha

Kenapa dan mengapa aku pilih tajuk ni sbg tajuk entri kali?

Sebab ramai wanita-wanita diluar sana yang menentang gila-gila poligami. Why?

Jangan tanya aku sbb aku xd pengalaman. Haha

Sebelum aku terus menulis pasal poligami ni mungkin ada datin-datin tepi dapur akan ckp "Ha lah! Baru nak kenal dunia da pandai nak cakap pasal poligami".

Assalamualaikum datin, mmg saya baru nak kenal dunia tapi saya ada hak utk bersuara. Ekekeke

 Tetapi mungkin berbeza dgn si datuk-datuk dlm office. Mungkin mereka akn ckp "Hok aloh budak ni. Bijak ckp psl poligami. Ni rasa nak kahwin lg".

Hamboi datuk, p tanya datin hang tu dulu jgn dok nk kahwin jek. Restu tu penting ok.

So, sebab pertama aku tulis pasal poligami ni sebab ada a few kekawan aku ni suka sgt tanya pasal poligami. lelakilah for sure. Kalau perempuan mahu direjam aku hidup-hidup ckp pasal poligami ni.

Aku sangat open pasal poligami ni. Memang 1st impression aku akn pandang serong kay org yg berpoligami ni tp bila aku fikir balik mungkin ada sbb  kenapa mereka berpoligami.

Dan aku merupakan antara perempuan yang tak kisah langsung dgn isu ni. Bila org tnya aku pasal poligami aku akn ckp " Why not kalau dia mampu."

Mungkin ada yg akn ckp kalau aku yang dimadukan aku boleh terima ke? Yes! For sure. Tapi biarlah aku ynag pertama sbb aku tak nak menyakiti. Nampak ayat aku mcm propa gila kan tapi bila kita tengok balik soal dosa pahala.

Dosa kita antara Allah InsyaAllah boleh di ampunkan andai kita bertaubat se taubat-taubatnya tapi bila kita berdosa dgn manusia, manusia tu sendiri yang perlu memaafkan kita.

Nampak tak bertapa beratnya dosa sesama manusia ni. Sbb tu aku lebih rela menjadi yang pertama.

Pada aku tak salah kalau seorang lelaki tu nak berpoligami asalkan dia mampu dan dia tahu tanggungjawab dia.

Tapi yang aku tak setuju kalau dia berpoligami atas dasar nafsu. Assalamualaikum Adam. Kalau nak berpoligami tu biarlah niat bersih. Memang nak jadikan si dia isteri yang sah. Niat tu biar kerana Allah.

Mungkin si kaum Hawa akan mempertikaikan tentang kesetiaan. Ya betul setia tu perlu. Tapi kalu dia masih boleh setia even selepas berpoligami tak salahkan? Maksudnya nilai  kesetiaan dia tu tinggi.

Perkara yang paling penting ialah keadilan. Si Adam perlulah adil dari segi pelbagai aspek agar si Hawa-Hawa ini tidak ada seorang pun yang merasa tersisih. Hah! Adam perlu ingat juga hati Hawa mudah terasa, so berlakulah adil seadil-adilnya.

Tapi dalam konteks adil ni kita kena lihat dari dua aspek iaitu kebendaan dan kasih sayang. Memang benar kasih sayang itu tak boleh diukur sama tinggi kerana mesti salah satu akan disayng lebih berbanding yang lain. Kita tak boleh menafikan kerana ini mmg lumrah manusia. Jadi cukuplah kita bersyukur dgn segla yang kita ada sekarang.



So tugas si isteri jika di madukan mestilah saling bantu membantu. Tak da guna jika bersikap iri hati, benci dan hasad dengki sbb semua tu menyumbang kpd akaun dosa jek. Penat weyh pikul dosa. Baiklah berbaik-baik n saling menyayangi. InsyaAllah one day nnt boleh sama-sama jaga suami di syurga. Siapa tahu kan? Tapi yang pasti, "Yang Baik DiBalas Baik dan Yang Buruk Dibalas buruk"

Ingat Janji Allah Itu Pasti.

Jika Benar Hati Itu Sudah Diserahkan Sepenuhnya Pada Allah Tiada Alasan Untuk Menolak Takdir Allah.

Sekian pendapat dari budak mentah.

Ukhwah itu manis. Poligami juga satu ukhwah. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment