Tuesday, 26 March 2013

Setia Seorang Abah

Assalamualaikum..

Buat senior-senior di tahun akhir.

Buat mahasiswa-mahasiswa yang bakal bergraduasi.

Bacalah......

Di hari graduasi disebuah universiti tempatan....

Seorang ayah kepada seorang graduan.

Menunggu diluar.

Duduk dikaki lima.

Pakaiannya lusuh dan dhaif.

Hanya berselipar buruk.

Tidak masuk ke dewan konvokesyen.

Mungkin kerana pakaiannya tidak menepati kod pakaian.

Tapi setia menunggu anaknya yang sedang menerima ijazah.

Disisinya ada sejambak bunga penghargaan buat si anak yang berjaya bergraduasi.

Dan mungkin itu hasil simpanannya dua tiga hari.

Wahai si anak....

Hargailah ayahmu.

Jangan biar dia menantimu.

Menanti kejayaan anaknya yang telah lama diidamkan dengan hanya ditepi kaki lima.

Mana hati perutmu?

Mana peri kemanusiaanmu?

Ambil dia.

Dakaplah dia.

Hargailah dia.

Jangan biar dia rasa tersisih dihari bahagiamu.

Kerana...

Si Ayah itulah kau kini mengenggap segulung ijazah.

Kerana..

Si Ayah itulah kau kini berjaya.




Titipan Doa:

"Ya Allah, jadikanlah hati kami sayang dan berterima kasih kepada ibu bapa kami dan jadikan hati kami sayang dan setia kepada anak kami ketika kami menjadi ibu bapa." Amin.

Juga buat diri ini yang bakal menamatkan tahun 1 di UTM beberapa hari lagi. :')

No comments:

Post a Comment