Assalamualaikum..
Buat senior-senior di tahun akhir.
Buat mahasiswa-mahasiswa yang bakal bergraduasi.
Bacalah......
Di hari graduasi disebuah universiti tempatan....
Seorang ayah kepada seorang graduan.
Menunggu diluar.
Duduk dikaki lima.
Pakaiannya lusuh dan dhaif.
Hanya berselipar buruk.
Tidak masuk ke dewan konvokesyen.
Mungkin kerana pakaiannya tidak menepati kod pakaian.
Tapi setia menunggu anaknya yang sedang menerima ijazah.
Disisinya ada sejambak bunga penghargaan buat si anak yang berjaya bergraduasi.
Dan mungkin itu hasil simpanannya dua tiga hari.
Wahai si anak....
Hargailah ayahmu.
Jangan biar dia menantimu.
Menanti kejayaan anaknya yang telah lama diidamkan dengan hanya ditepi kaki lima.
Mana hati perutmu?
Mana peri kemanusiaanmu?
Ambil dia.
Dakaplah dia.
Hargailah dia.
Jangan biar dia rasa tersisih dihari bahagiamu.
Kerana...
Si Ayah itulah kau kini mengenggap segulung ijazah.
Kerana..
Si Ayah itulah kau kini berjaya.
Titipan Doa:
"Ya Allah, jadikanlah hati kami sayang dan berterima kasih kepada ibu bapa kami dan jadikan hati kami sayang dan setia kepada anak kami ketika kami menjadi ibu bapa." Amin.
Juga buat diri ini yang bakal menamatkan tahun 1 di UTM beberapa hari lagi. :')
Sedar hidup ini bukan hanya untuk ku. Kerana itu aku bukan kaki bangku. Abah, anakmu ini akan buatmu bangga bukan kaku. Itu janjiku.
Tuesday, 26 March 2013
Gagah
Dia Gagah.
Nampak Gagah.
Nampak Berani.
Nampak Kuat.
Nampak Hebat.
Nampak Gembira.
Tak!
Konon Nampak Gagah.
Konon Nampak Berani.
Konon Nampak Kuat.
Konon Nampak Hebat.
Dia Ego!
Sebenarnya.....
Dia Menangis.
Dia Sakit.
Dia lemah.
Hamba Yang Lemah.
Hakikatnya......
Dia Insan Biasa........
Selalu Mememinta Dan Merintih Pada Yang Esa.
Allah adalah tempat sebaik-baik meminta pertolongan.
Allah Yang Maha Agung Lagi Maha Hebat. :')
Saturday, 23 March 2013
Mak's Spirit
Adik sini mak nak cium. Taniah adik. Mak bangga dengan adik." Sambil menahan air mata.
"Hah! Adik dapat nombor 1? Waaaaaaaaaa."
"Sayang anak mak. Belajar lagi rajin-rajin."
Adik balik sekolah. Terus mencari mak.
Mak diatas. Sibuk mengunting kain. Mak pandai menjahit.
"Mak cantiknya jam tu,"
"Kenapa mak pakai jam tiba-tiba? Eh tapi jam ni kecik sangat."
"Adik suka jam ni ?"
"Suka cantik!"
"Ni untuk adik. Taniah. Belajar lagi sungguh-sungguh." Tersenyum mak sambil menghulurkan jam kepada adik.
"Adik kena belajar masak. Cubalah sikit-sikit."
"Kenapa? Adikkan kecik lagi?"
Mak diam.
"Adik sini mak ajar lipat kain. Anak dara sekarang lipat gulung-gulung jek. Tak cantik."
"Kenapa? Adikkan kecik lagi. Nanti dah besar mak ajar la."
Mak diam lagi.
Tengah malam waktu adik demam. Mak masuk ke bilik perlahan-lahan. Cuba menuam kepala adik dengan ramuan tradisional. Terasa nyaman kepala adik.
"Maaaakkk...."
"Adik tidur jek mak ada."
Satu hari mak demam...Lama terbaring. Lesuuu.. Abah mengambil alih tempat mak.
Satu pagi biasa. Mak bangun gagahkan diri.
"Anak-anak mak bangun pergi sekolah. Mak dah buat sarapan."
"Eh mak dah sihat?" Adik menyoal.
Mak tersenyum memandang adik.
Pagi biasa lagi. Mak cuba mengagah diri. Mengejutkan anak-anak mak tapii.....
Dunia mak gelap..Rebah!
Sempat disambut anak mak.
"Mak, anak-anak mak berjaya masuk universiti. Alhamdulillah berkat doa mak."
"Berkat didikan mak."
"Kasih sayang mak."
"Mak."
Orang yang paling dirindui.
Menyatukan cinta yang terlerai.
Merapatkan hubungan yang renggang.
Memberi sinar kehidupan.
Menepati janji yang dikota.
Baru 11 tahun 6 bulan bersama.
Tidak puas rasa bermanja dengannya.
Tidak puas rasa menggembirakan seluruh hatinya.
23/3/2013
Selamat Ulang Tahun Mak.
Semoga Sentiasa DirahmatiNya.
Semoga Kasih Bertamu Kembali Satu Hari Nanti.
Di Syurga Firdausi . InsyaAllah :')
Abah pesan jangan pernah lupa sedekahkan Al-Fatihah buat Mak dan Abah tak kira masih hidup atau dah tak da.
Itu resipi kejayaan anak-anak.
Redha Allah datang Dari Redha Orang Tua.
Al-Fatihah.....

Monday, 18 March 2013
Great Muslim
Assalamualaikum. May Allah Bless us n always guide us in the right way. InsyaAllah.
Satu daerah di Mesir,
Seorang gadis menaiki teksi . Pemandu bertanya siapa yang akan kamu undi ? Ahmed Syafiqq atau Muhammad Mursi.
"Saya akan mengundi Mohammad Mursi."
"Kenapa? Dia kan Ikhwan....(semangat mengkritik Mursi). Saya seorang Muslim dan nama saya Mohammad."
"Saya Kristian dan nama saya Maria."
Pemandu bingung . "Bukan ke Syafiqq akan membenarkan Injil dalam buku pelajaran dan menghapuskan ayat-ayat Al-Quran?"
Si gadis menjawab "Bagaimana mungkin saya boleh memberikan suara kepada orang yang tidak menghormati agamanya?"
"Ketika gereja saya diledakkan, Syafiqq ada bersama Mubarak, sementara Ikhwan ketika itu dipenjara..."
"Ketika syuhada' berguguran , Syafiqq menjawat sebagai Perdana Menteri, sementara Ikhwan ada bersama para demonstrasi."
Kelu pemandu itu. Kemudian dia sama-sama menyokong Mohammad Mursi.
Itulah Mohammad Mursi. Presiden Mesir yang berjiwa rakyat.
Jika sesebuah Negara itu mengamalkan gaya hidup dan pemerintahan Islam maka makmurlah negara itu. InsyaAllah.
Dipetik dari
http://www.mohamadazhan.com/2012/06/siapa-dr-muhammad-mursi-sejarah-ringkas.html
Wednesday, 13 March 2013
Rindu Mereka ♥ ♥
Assalamualaikum . Selamat petang dunia . :)
Kawan. Sahabat. Teman karib juga rapat.
Kasih sayang antara kami tak terbatas.
Kami bersama bersusah payah dalam mengharungi pahit manis bangku persekolahan.
Melalui alam remaja bersama.
Alam cinta monyet bersama.
Dimarah dikutuk dan didenda bersama.
Ketawa bersama.
Bersedih juga bersama.
Alhamdulillah kami juga berjaya bersama.
Kini kami semua mencipta masa depan bersama.
Walau bukan ditempat yang sama.
Tapi dengan niat yang sama.
InsyaAllah kita semua bakal terus mencipta sejarah.
Rindu kalian.
Rindu gelak tawa.
Rindu gaduh manja.
Subscribe to:
Posts (Atom)