Wednesday, 28 November 2012

Sem 2 Penuh Cabaran

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum w.b.t..

Sudah dua minggu semester dua bermula . Dalam masa dua minggu berbagai-bagai peristiwa yang berlaku . Minggu pertama hari isnin organisasi Kelab De'Pikir UTMKL telah dirombak . Presiden lama telah meletakkan jawatannya dan ahli kelab sebulat suara mencadangkan aku sebagai presiden . Hah? Presiden bukan sesuatu tugas yang mudah . Aku seboleh-boleh menolak jawatan tu tapi mereka semua berharap aku dapat naikkan lagi nama debat UTMKL yang baru setahun jagung ni . So dgn hati yang xberapa terbuka aku terima jawatan tu . Dan 1st tournament ktorg ialah Cabaran Debat Muda 2121 . Aku sebagai presiden pun buatlah apa yang patut . Uruskan segala keperluan dan pengangkutan mereka kat sana . Hari Jumaat 23/11/12 ktorg akn bertolak ke Universiti Teknologi Petronas . 

Dalam kerancakkan persiapan ke UTP hari Rabu 21/11/12 sewaktu aku sedang sibuk mengukur tanah di padang UTM aku di khabarkan pengetua sekolah lamaku Tuan Ramlan b Rawi telah kembali ke rahmatuallah. Inalillahwainalillahirajiun. Aku sgt terkejut dan seakan tidak percaya atas pemergiannya yg sangat mengejut itu. Arwah telah meniggal dunia disekolah setelah selesai berucap dan bersalaman dengam pelajar-pelajar SPM 2012 SMK Air Tawar . Pemergiaan yang sangat syahdu. Kasihnya kepada anak didiknya sehingga ke pengakhiran hidupnya. Subahanallah . 

Pengetua sangat rapat dengan kami pelajar 5 Science . Pengetua mengajar PJ dan kadang-kadang beliau akn mengajar Kimia dalam kelas kami. Tapi kelas PJ bersama pengetua amat dinanti-nantikan . Dan pada aku dialah cikgu PJ yg terbaik . Cakap jek nak main apa hoki ? bola sepak? bila tamapar ? olahraga ? semua dia akn ajar dan bermain dgn kami . Even kami yang perempuan . Bila pengetua tak masuk kelas PJ kami rasa sedih mengundang . Maksudnya hari tu kami xd PJ dan terpaksa ganti dengan kelas lain . Taaakknaakkk!!!!

 Hari guru 2011

Selain kelas PJ yg menyeronokkan beliau juga seorang yg tegas dan penyayang . Setiap apa yang beliau cakap beliau akan buat . Dan kerana nasihat-nasihat serta didikan beliau yg tegas kami berjaya ke menara gading . Rasa sangat kehilngan beliau . Terima kasih cikgu . :'(


Hari raya bersama pengetua (baju kelabu)

Selang sehari, pada hari Jumaat 23/11/12 satu-satunya atukku dijemput Ilahi . Allah . Maih lagi berbekas kehilangan semalam dan kini diri ini merasa lagi kehilangan . Pada hari yg sama juga aku perlu berangkat ke UTP . Setelah mendapar berita pemergian atukku aku terus bergegas pulang ke Muar . Debat ? Banyak lagi tournament lepas ni tapi atuk nilah kali terakhir aku dapat tengok dia . Apa-apa pun Keluarga adalah yg paling penting bagi aku.

Atukku memang sudah tua. Namun dia seorang lelaki yang kuat . Dia telah hidup sebelum zaman jepu lagi . Segala susah payah hidup ini segalanya telah dilalui . Kami adik-beradik sangat kagum dengan atuk . Atuk seorang yg sangat baik . Walaupun atuk sudah tidak bekerja tapi atuk tetap menghulurkan wang pada kami setiap kali bertemu . Allah . Aku sangat terharu . :')

 Raya dikampung dengan atuk . Umur atuk hampir 100thn :) .

Atuk juga pergi dalam keadaan yang sangat tenang dan mudah . Pagi Jumaat itu mak cikku ingin mengejut atuk untuk bangun solat subuh . Tetapi atuk sudah tidak bernyawa . Malah hari sebelum atuk pergi tiada langsung tanda-tanda dia ingin pergi . Keadaanya yg sihat membuatkan tiada siapa sedar yang di ingin meniggalkan kami . Allah lebih menyayanginya dan lebih berhak keatas dirinya . Kami redha .

Al-Fatihah buat atuk Hj Khamis b Hj Kemat dan pengetua Tuah Hj Ramlan B Abd Rawi .
Semoga roh mereka dicucuru rahmat.

Yang pergi tetap pergi, Yang hidup teruskan kehidupan.
"Life must go on . Stop cry and pray is the best part" Biah 11:44

Dari Allah kita datang, Dari Allah juga kita kembali


Disinilah tempat terakhir buat kita sebelum hari akhirat . Insafi Diri .

Friday, 2 November 2012

Donut Oh Donut

Assalamualaikum . 
Hai hai di pagi yang hening tiba tiba aku dikejutkan suruh buat donut untuk kenduri rumah sebelah . what ? Hah mana tahu . -..-


Dengan kebijaksanaan yang ada pada aku , apa lagi search jek lah kan . So meyh kita kongsi resipi and cara-cara nak buat donut . Ni aku ambil dekat link ni - http://www.myresipi.com

Bahan-bahan
  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng 
Cara-cara
  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas. 
Dengan gaya-gaya master chef terhebat aku memulakan langkah pertama. Tuang yis dalam mangkuk dan isi air sikit. 
Tiba-tiba, eh asal xjadi ni ? arrrr salah buat !! habislah dah xda yis!!
Hah ! Call abah ." Abah tolong beli yis."
"Hah beli apa?"
"Yis , yis mauripan."
Ooo...mauripan. Ha yla.
Uh selamat ada penyelamat bumi.
Mauripan tu nama produk yis ok . So jom mulakan langkah berlangkah langkah . Hope jadik mcm kat bwh ni !! :)


nanti aku bolek bukak kedai BIAH BIG DONUT !!! huahahaha ;D