Semalam dalam pukul 6.30 ptg cam tu aq p surau kat kolej kediaman ni d usrah perdana PMI UTM anjurkan. Sebenarnya start pukul 6.00 tp taw lar aq lambat siap! Bole lepak mkn roti dulu tu. P xrugi gak coz timing aku baik cun-cun jek. Aku sampai dyorang baru jek start sesi taaruf. Dengan muka konon-konon comelnya aku pun duduk. Oh, meriah kejap aku masuk. Semua ketawa tengok gelagat aku yang konon comel tu . Errr xtaw aku nak cover dtg lmbt. haha ;D Masuk-masuk jek terus sampai turn aku kenalkan diri.
Ok, seperti sedia maklum suara aku memang kuat. Hadiah tak ternilai dari Ilahi. huhu . So dengan selamba ye aku memperkenalkan diri macam kat dalam dewan kuliah.
"Hai, Assalamualaikum...Nama saya..bla..bla...bla......." jap g sorang akak senior ni teguh.
"Perlahan sikit suara, nanti muslimin sekali datang dengar,".
"Opsss! sorry kak. Dah terbiasa. Bakat semulajadi ni..hihi,"
Agak bengang r aku.
P cool jek . Cover comel...kahkahkahkah ;D
Baiklah! Berbalik pada cerita usrah pada hari ni yang bercerita soal Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.
Dalam sesi pengisian akak senior pun ceritalah pasal perlunya kita mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran.
Bahtera Menuju Syurga- Hilal Asuraf
nilah buku yang akak tu cerita..sila beli dipasaran :)
Ada akak tu siap promote lagi buku Bahtera Menuju Syurga oleh Hilal Asraf. Katanya buku tu sangat menarik. Soal adakah kita mahu menaiki 'Bahtera' itu atau tidak menaiki 'Bahtera' itu. 'Bahtera' yang dimaksudkan ialah jalan atau cara bagaimana kita mahu mencari syurga Allah. Cerita ni juga ada kaitan dengan kisah Nabi Nuh bersama anaknya.
Lepas akak tu cerita pasal 'Bahtera' seorang lagi akak senior menambah ilmu petang tu. Akak ni pula cerita sirah Rasulullah SAW. Sumpah ! Aku selute akak ni. Dia punya cinta pada Rasulullah terlalu tinggi sehingga dia mampu menangis sewaktu menceritakan kisah pejuang dan keperitan Rasulullah dalam menyampaikan dakwah. Aku rasa malu dan rendah diri sangat tengok betapa hebatnya cinta akak tu pada Rasul junjungan kita.
Ya Allah, aku mohon padamu. Kau berilah aku peluang dan ruang untuk merasa kemanisan cintaMu padaku dan ketelusan cinta RasulMu pada umatnya. Kau hadirkanlah rasa cintaku pada junjungan besar Nabi Muhammad SAWseperti mana yang Kau berikan kepada para sahabat dan orang-orang yang Kau inginkan. Amin...
Cinta Allah itu tidak pernah berdusta,
Cinta Rasulullah itu sehingga ke penghujungnya...insyaAllah